Profail
Syarikat Time To Time Computer Service (3TCS), syarikat persendirian yang telah didaftarkan pada 18 Okt 2001 dengan menjalankan perkhidmatan secara “On Call”. Aktiviti perniagaannya dijalankan di rumah dan membuat pembaikian di lokasi pelanggan secara terus mengikut keadaan.
3TCS pada mulanya menjalankan perniagaan secara sendirian tanpa membuat pendaftaran syarikat, namun setelah pengurusan syarikat mendapati kesukaran untuk mendapatkan khidmat servis kepada agensi-agensi kerajaan maka dengan itu syarikat ini ditubuhkan.
Dengan berdaftarnya syarikat dengan nama Time To Time Computer Service (3TCS) syarikat melangkah terus kehadapan lagi dengan mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mendapat pecahan kepala seperti di bawah bidang Bekalan/Perkhidmatan dan di bawah sub kepala seperti berikut:
040100 - Alat Perhubungan.
210104 - Software Produk & Servis
210105 - Other Computer Related Service
220503 - Data Entry/Perisian
3TCS jugak adalah sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan pendaftaran Internet Streamyx, BlueHyppo Government & Business, BlueHyppo MediaSales, BlueHyppo Club serta Rakan Niaga Telekom Malaysia Berhad bagi pendaftaran ISDN, Talian Telefon dan lain-lain lagi yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad.
Dengan didikasi, kesungguhan dan ketulusan pengurusan syarikat didalam melaksanakan perkhidmatan yang dijalankan dan akan terus berkekalan dan pihak pengurusan syarikat akan menentukan keberkesanan servis akan diberikan 100% kepada semua pelanggan yang berurusan dengannya.
3TCS Kini telah diiktiraf sebagai sabuah syarikat yang berpontensi untuk terus maju dengan mendapatkan kontrak-kontrak pembinaan laman web kepada syarikat-syarikat swasta dan kerajaan. Memiliki pelanggan tetap disekilingnya iaitu dari taman-taman perumahan berhampiran hasil dari khidmat servis rumah ke rumah yang dijalankan selama lebih 6 Tahun.
3TCS Mempunyai kebolehan yang tinggi di segi pembaikian, upgrading, pembinaan laman web, pembekalan perkakasan/aksesori komputer dan pemasangan komputer dan kepakaran mengesan kerosakan.
Dengan penekanan kepada nilai-nilai seperti keiklasan, disiplin, amanah dan bersyukur maka syarikat ini akan terus membentuk sebuah syarikat yang akan terus bergerak maju seiring dengan kemajuan dunia hari ini.
3TCS Juga yakin pihak pengurusan akan terus memberi penekanan kepada produktibiliti dan memperkukuhkan azam untuk melaksanakan tugasan yang bakal ditempa dengan lebih efisyen dan akan terus memberikan khidmat yang paling cemerlang kepada seluruh pelanggannya.